Followers

erti persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
 tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat
,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa
dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan
dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak
ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....
tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan
ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan
kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia
sandarkan harapan?Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga
ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai
kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang
ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin
kita akan tahu.Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..
maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana
perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

1 comment: